Quotes 7

Selfie ini bukanlah berasal dari budaya Islam sebaliknya ia berasal dari budaya barat yang tidak bertuhan. Sebaliknya dalam Islam konsep yang ditekankan adalah non-selfie, iaitu tidak menunjukkan amalan. Kita buat sesuatu amalan itu untuk ditunjukkan kepada Allah sahaja bukan tunjuk kepada orang dengan mengharapkan pujian dan lain-lain. Biasanya orang selfie dan post gambar cantik-cantik dan sweet dengan harapan ada orang komen, wah cantiknya, wah sweetnya. Bila ada orang puji, dia akan rasa seronok dan akhirnya ketagihan dengan pujian orang ramai. Hal ini bertentangan dengan ikhlas kerana Allah. Lagipun selfie mengganggu kehidupan kita, bayangkan semua orang berselfie ketika berjalan dan memandu, sudah tentu banyak kemalangan akan berlaku.

Comments are closed.