Quotes 5

Sebagai seorang mukmin, kita perlu berusaha mencegah kemungkaran, sekurang-kurangnya dengan membenci, resah gelisah, risau dan runsing di dalam hati. Dibimbangi jika kita tidak merasa apa-apa tentang kemungkaran itu dan merasa perkara kemungkaran itu perkara biasa sahaja. Kita perlu cegah kemungkaran bukan terlibat sama dalam kemungkaran. Hari ini ramai antara kita tidak merasa bersalah dengan membaca, melihat dan menyebarkan perkara mungkar dan maksiat. Perkara mungkar dan maksiat di internet seolaholah tiada hukum di internet. Hendaklah kita tahu perkara dosa walau sebesar zarah akan dinilai oleh Allah SWT dan akan memberi kesan kepada hati dan kehidupan kita.

Comments are closed.