Quotes 25

Apa keperluan gadget untuk diberikan kepada bayi bawah umur 2 tahun? Ini adalah hal yang sangat bahaya. Pelajar juga tidak perlu didedahkan dengan gadget. Perlu kawal dan sekat apa yang patut. Jika dikatakan gadget untuk belajar, sebenarnya silap. Berapa kerat pelajar yang menggunakan gadget untuk mengulangkaji pelajaran? Ramai yang menggunakan gadget untuk berhibur. Manusia dilahirkan di dunia untuk berjuang bukannya untuk berhibur. Terlalu manjakan anak-anak dengan gadget sangat berbahaya untuk masa depan mereka.

Comments are closed.