Quotes 21

Para ulama juga lebih memerinci bahawa cara-cara tadi boleh selanjutnya menjadi maqasid(tujuan). Contohnya solat jadi maqasid(tujuan) sedangkan menghadap kaabah jadi syarat dan juga wasilah. Maka solat tetap dilakukan sebagai maqasid(tujuan) walaupun tidak tepat betul menghadap ke kaabah. Solat jumaat adalah maqasid(tujuan) sedangkan larangan jual beli pada waktu mulai dikumandangkan azan waktu solat jumaat adalah wasilah yang berupa Sadd al-dzari’ah agar orang tidak melakukan kesibukan lain pada waktu dikumandangkan azan solat jumaat selain bersegera untuk melaksanakan solat jumaat. Dilarangnya berduaan antara lelaki dan wanita yang bukan mahramnya adalah sad al-dzari’ah agar tidak terjadi fitnah.

Comments are closed.