Quotes 19

Mata dan telinga adalah dua anggota yang menjadi pintu yang terdedah ke lubuk hati. Semua yang telah masuk melaluinya akan terus menetap di dalamnya. Berapa ramai orang yang telah melihat dan mendengar perkara yang tidak sewajarnya sehingga menetap di hati dan sulit untuk mengikisnya. Hati ini amat mudah dipengaruhi oleh sesuatu yang dialami. Setiap manusia sewajarnyalah bersungguh-sungguh memelihara matanya dan telinganya sedaya mungkin meninggalkan sebarang dosa dan perkara yang tidak berfaedah.

Comments are closed.