Quotes 16

Mengecas gajet persendirian di dalam masjid. Pada asalnya, harta yang dimiliki oleh masjid adalah bersifat wakaf hasil daripada sumbangan umat Islam. Bekas mufti mesir, Dr.Ali Jum’ah menegaskan secara fiqahnya, setiap perkara yang diwakafkan untuk masjid tidak harus digunakan kecuali untuk keperluan masjid. Rasulullah S.A.W yang amat memelihara setiap perkara yang dikhususkan untuk masjid. Sebagaimana sabda Baginda S.A.W yang bermaksud: “Sesungguhnya anak-anak batu itu benar-benar berseru(agar tidak dikeluarkan) kepada orang yang mengeluarkannya dari masjid.” Sahibus Samahah Datuk Dr.Zulkifli Al-Bakri menyimpulkan: “Mengecas gajet persendirian atau computer riba pada asalnya adalah harus jika digunakan untuk perkara yang baik dan berfaedah. Namun jika digunakan untuk tujuan kemaksiatan dan kesia-siaan, ia tidak diharuskan kerana bertentangan dengan matlamat asal maslahah harta masjid. Disunatkan bagi mereka yang menggunakan harta masjid untuk memberikan sumbangan kepada tabung masjid sebagai membantu meringankan kos perbelanjaan dan penyelenggaraan masjid”

Sumber: http://muftiwp.gov.my

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Comments are closed.