Quotes 11

Untuk mencapai nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah perlu berperang dengan nafsu ammarah sebelum mencapai tuma’ninah iaitu nafsu mutmainnah. Dalam surah Yusuf ada dinyatakan perihal biasa-biasa nafsu itu jenisnya sentiasa menyuruh kepada kejahatan. Maka, tugas kitalah untuk tidak mengikut kehendak nafsu sebaliknya sentiasa bemujahadah untuk mengikut kehendak Allah. Kita menekan kemahuan kita di dunia ini, dan alhasilnya, di akhirat nanti, Allah akan mengganjarkan apa sahaja kemahuan yang kita ingini. Sebaliknya, jika kita sentiasa menurut kemahuan nafsu kita di dunia ini, dan alhasilnya, di akhirat nanti, Allah akan menghukum dan mengazab dengan apa sahaja yang kita sangatsangat tidak ingini.

Comments are closed.