Posts By: administrator

Quotes 3

Pengunaan gadget secara berlebihan tanpa batasan boleh memberi kesan negatif kepada jasmani dan rohani manusia. Pertamanya dari segi jasmani badan menjadi tidak cukup rehat, sentiasa berasa letih dan mengantuk. Ini kerana orang yang taksub dengan gadget akan tidur lewat yang menyebabkan tidak cukup tidur. Pagi esoknya bangun awal untuk pergi kerja. Akibatnya mengantuk dan sentiasa…

Read more »

Quotes 4

Gadget bersifat memuaskan hati dan nafsu manusia, gadget yang memberi peluang untuk berhibur semakin dapat memuaskan hati maka gadget tersebut semakin mahal seperti video hd yang semakin jelas, skrin yang lebih jelas dan besar, suara yang lebih jelas untuk membolehkan manusia lebih puas dalam berhibur dan perkara sia-sia. Lebih puas selfie, lebih jelas terdedah, lebih…

Read more »

Quotes 5

Sebagai seorang mukmin, kita perlu berusaha mencegah kemungkaran, sekurang-kurangnya dengan membenci, resah gelisah, risau dan runsing di dalam hati. Dibimbangi jika kita tidak merasa apa-apa tentang kemungkaran itu dan merasa perkara kemungkaran itu perkara biasa sahaja. Kita perlu cegah kemungkaran bukan terlibat sama dalam kemungkaran. Hari ini ramai antara kita tidak merasa bersalah dengan membaca,…

Read more »

Quotes 6

Kemaslahatan dilihat dari sisi syariah dibahagikan kepada tiga iaitu ada yang wajib melaksanakannya, ada yang sunat melaksanakannya, dan ada pula yang mubah melaksanankannya. Demikian pula kemafsadatan, ada yang haram melaksananakan dan ada pula yang makruh melaksanankannya.

Quotes 7

Selfie ini bukanlah berasal dari budaya Islam sebaliknya ia berasal dari budaya barat yang tidak bertuhan. Sebaliknya dalam Islam konsep yang ditekankan adalah non-selfie, iaitu tidak menunjukkan amalan. Kita buat sesuatu amalan itu untuk ditunjukkan kepada Allah sahaja bukan tunjuk kepada orang dengan mengharapkan pujian dan lain-lain. Biasanya orang selfie dan post gambar cantik-cantik dan…

Read more »

Quotes 8

Hukum memfitnah, mencaci maki dan bergaduh adalah sama sahaja walau platform mana sekalipun. Kita sebagai orang Islam adalah bersaudara. Fitnah itu adalah lebih buruk daripada membunuh. Begitu juga bergaduh dan mencaci maki juga di media sosial adalah dosa. Orang Islam tidak boleh bergaduh, mencaci dan menghina, seseorang. Orang Islam mulia di sisi Allah. Jika mahu…

Read more »

Quotes 9

Setiap orang melihat kehidupan Rasulullah SAW dan para sahabat. Mereka tidak lalai mengambil daripada dunia dan tidak berlebih-lebihan dalam memenuhi hak-hak jiwa. Dia harus menimbang sesuatu yang diingininya. Jika memang sesuatu yang diingini itu merupakan bahagiannya dan bermanfaat serta dapat mendorongnya di dalam melaksanakan kebaikan, maka keinginan itu harus dipenuhi. Tetapi jika keinginan itu sekadar…

Read more »

Quotes 10

Menganggu fokus dalam ibadat contohnya pada hari jumaat sepatutnya kita mendengar khutbah tetapi digunakan untuk membaca whatsap, facebook atau akhbar online. Begitu juga selfie setiap kali beribadah boleh menganggu ketulusan niat kita dalam beribadah seolah-olah kita beribadah untuk diperlihatkan kepada orang lain.

Quotes 11

Untuk mencapai nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah perlu berperang dengan nafsu ammarah sebelum mencapai tuma’ninah iaitu nafsu mutmainnah. Dalam surah Yusuf ada dinyatakan perihal biasa-biasa nafsu itu jenisnya sentiasa menyuruh kepada kejahatan. Maka, tugas kitalah untuk tidak mengikut kehendak nafsu sebaliknya sentiasa bemujahadah untuk mengikut kehendak Allah. Kita menekan kemahuan kita di dunia ini, dan alhasilnya,…

Read more »

Quotes 12

Anak-anak kecil yang sepatutnya aktif dengan dunia luar diberikan gadget dan video-video kartun agar diam dan tidak bising. Ini menyebabkan tumbesaran akal dan fizikal anak-anak tidak normal. Kita menggantikan kasih sayang dan interaksi ibubapa dengan gadget seolaholah gadget menjadi penghibur atau ibubapa kepada anak-anak . Bila besar anak-anak lebih taat kepada gadget berbanding kepada ibubapa….

Read more »

Quotes 13

Sekiranya gadget berada di sisi kita menyebabkan kita sibuk menggunakan gadget sehingga tiada masa untuk diri sendiri, keluarga dan rehat juga ter`miss’ kerana sibuk gadget. Ada yang tidak cukup tidur kerana gadget dan komputer yang akhirnya menganggu kesihatan, ketenangan dan produktiviti. Bagaimana cara untuk bebas gadget pada waktu malam? Caranya adalah kita meninggalkan gadget kita…

Read more »

Quotes 14

Tahukah anda? Korea Utara adalah negara bukan Islam tetapi sangat mengawal akses internet kepada penduduknya . Ramai pengkaji barat mendedahkan bahaya gadget dan internet. Tetapi masyarakat Islam berlumba-lumba membeli gadget untuk anak-anak mereka malah berbangga dengan gadget dan teknologi alam siber. Umat Islam di zaman kegemilangan Islam sangat akrab dengan al-Qur’an seperti akrabnya umat Islam…

Read more »

Quotes 15

Masa yang dihabiskan dalam menggunakan gadget seperti web yang dilayari, maklumat yang dibaca, video yang ditonton semuanya akan dikira dalam timbangan amalan kita. Masa berjam-jam yang kita gunakan untuk gadget dan komputer akan disoal. Kita perlu bertanya diri sendiri, sama ada setiap langkah yang kita langkah itu menuju takwa atau sebaliknya. Jika langkah itu menjauhi…

Read more »

Quotes 16

Mengecas gajet persendirian di dalam masjid. Pada asalnya, harta yang dimiliki oleh masjid adalah bersifat wakaf hasil daripada sumbangan umat Islam. Bekas mufti mesir, Dr.Ali Jum’ah menegaskan secara fiqahnya, setiap perkara yang diwakafkan untuk masjid tidak harus digunakan kecuali untuk keperluan masjid. Rasulullah S.A.W yang amat memelihara setiap perkara yang dikhususkan untuk masjid. Sebagaimana sabda…

Read more »

Quotes 17

Jika di alam realiti dia malu untuk mencaci maki dan memfitnah orang lain tetapi di dunia maya dengan mudahnya dia mencaci maki dan mengumpat orang lain. Ketahuilah bahawa mencaci itu dosa, mengumpat itu dosa, memfitnah itu dosa walau apapun mediumnya. Begitu juga melihat yang haram itu dosa, bercakap yang haram itu dosa dan berhubung dengan…

Read more »

Quotes 18

Beberapa hal yang perlu direnungi Teknologi siber umpama pisau: Bagaimana kita mencipta pisau yang akhirnya membunuh diri kita sendiri. Berapa banyak pergolakan, peperangan dan kekacauan politik berlaku bermula dari fitnah yang disebarkan dari gadget. Gadget dan kesannya kepada alam sekitar dan binatang: Terdapat binatang dan burung-burung semakin berkurang populasinya akibat kesan gelombang dari gadget. Meletakkan…

Read more »

Quotes 19

Mata dan telinga adalah dua anggota yang menjadi pintu yang terdedah ke lubuk hati. Semua yang telah masuk melaluinya akan terus menetap di dalamnya. Berapa ramai orang yang telah melihat dan mendengar perkara yang tidak sewajarnya sehingga menetap di hati dan sulit untuk mengikisnya. Hati ini amat mudah dipengaruhi oleh sesuatu yang dialami. Setiap manusia…

Read more »

Quotes 20

Kerja manusia itu ada ada yang membawa kepada maslahat, ada mula yang menyebabkan mafsadah. Baik maslahat ataupun mafsadah, ada untuk kepentingan dunia dan ada yang untuk kepentingan akhirat, dan ada juga yang untuk kepentingan dunia dan akhirat sekaligus. Semua yang maslahat diperintahkan oleh syariah dan seluruh yang mafsadah dilarang oleh syariah. Setiap kemaslahatan memiliki tingkattingkat…

Read more »

Quotes 21

Para ulama juga lebih memerinci bahawa cara-cara tadi boleh selanjutnya menjadi maqasid(tujuan). Contohnya solat jadi maqasid(tujuan) sedangkan menghadap kaabah jadi syarat dan juga wasilah. Maka solat tetap dilakukan sebagai maqasid(tujuan) walaupun tidak tepat betul menghadap ke kaabah. Solat jumaat adalah maqasid(tujuan) sedangkan larangan jual beli pada waktu mulai dikumandangkan azan waktu solat jumaat adalah wasilah…

Read more »

Quotes 23

Dalam sahih Muslim, ada terdapat bab larangan menunda pembayaran hutang yang berbunyi: Yahya bin Yahya menyampaikan kepada kami dari Malik, dari Abu az-Zinnad, dari al-A’raj, dari Abu Hurairah bahawa: Rasulullah s.a.w bersabda, “Penundaan pembayaran hutang bagi yang mampu(membayar) adalah kezaliman…”

Quotes 24

Adab di Masjid & Tempat Awam Masalah bunyi ringtones ketika solat: menggangu jemaah yang sedang solat. Masalah menonton video dengan volume yang kuat di dalam masjid: mengganggu jemaah beribadah dan melanggar kesucian masjid. Masalah membaca akhbar dan perkara keduniaan secara online di dalam masjid: masjid adalah tempat untuk ingat Allah serta perkara akhirat.

Quotes 25

Apa keperluan gadget untuk diberikan kepada bayi bawah umur 2 tahun? Ini adalah hal yang sangat bahaya. Pelajar juga tidak perlu didedahkan dengan gadget. Perlu kawal dan sekat apa yang patut. Jika dikatakan gadget untuk belajar, sebenarnya silap. Berapa kerat pelajar yang menggunakan gadget untuk mengulangkaji pelajaran? Ramai yang menggunakan gadget untuk berhibur. Manusia dilahirkan…

Read more »

Quotes 26

Browser umpama pintu dunia maya. Dunia di hujung jari. Masalahnya di internet, terlampau banyak perkara-perkara berbahaya dan merosakkan yang tidak dipantau dan ditapis. Tiada agensi khas yang menapis kandungan berbahaya di internet. Dunia internet terlampau terbuka dan bebas. Ini amat berbahaya terutama kepada generasi muda dan remaja. Lebih-lebih lagi dunia internet hari ini lebih bersifat…

Read more »

Quotes 27

Cara mengawal gadget dikalangan anak-anak kecil Memberi gadget yang hampir habis bateri, umpama bagi coklat yang sedikit jumlahnya. Apabila bateri telah habis dan gadget sudah padam, maka katakan pada anak kecil, “habis dah”. Beli mainan yang membina seperti lego dan lain-lain. Hantar ke sekolah atau tadika atau pusat tahfiz untuk anak kecil.

Quotes 1

Adakah hidup bebas tanpa peraturan itu bagus atau hidup berperaturan lebih bagus? Sebenarnya hidup bebas tanpa peraturan itu lebih banyak membawa kerosakkan dan kerugian. Contoh mudah, sekiranya di jalan raya tidak ada traffic light sudah tentu akan mengundang pelbagai masalah di jalan raya dan banyak kemalangan akan berlaku, traffic sesak dan lainlain. Dengan adanya traffic…

Read more »