Sinopsis Seminar Parental Control;

KHAS BUAT IBU BAPA 😃

Cabaran yang dihadapi ibu bapa hari ini adalah untuk menimbang kebaikan dan keburukan dalam memberi kebebasan digital kepada anak-anak mereka di alam siber.
.
.
Kebanyakan ibu bapa memahami bahawa menghadkan akses anak-anak di alam siber boleh mempengaruhi kemampuan mereka untuk belajar dan berkembang.
.
.
Walau bagaimanapun, ini juga bermaksud mendedahkan anak-anak kepada ancaman dan maklumat berbahaya yang jauh melebihi kemampuan mereka untuk berhati-hati dan mengelakkan diri dari terjebak.
.
.
Inilah sebabnya mengapa ibu bapa perlu mengetahui sistem parental control yang dikongsikan dalam sesi ini. lni adalah ilmu penting kepada ibu bapa sebelum memberi gadget kepada anak-anak. Sama seperti anda mengajar anak anda untuk mengunci semua pintu apabila mereka bersendirian di rumah dan jangan mudah percaya kepada orang asing di luar sana, mereka juga perlu dilatih untuk menggunakan gadget yang selamat daripada unsur-unsur berbahaya yang boleh menjejaskan keselamatan mereka.

==========
KAMI MEMBAWAKAN SEMINAR PARENTAL CONTROL 🗝
=========
Teknikal Cara Setting Android, Iphone dan PC Anak-anak bagi mengelakkan pembaziran masa dan perkara berbahaya di internet.

Seminar ini berlangsung selama 2 jam. Pada satu jam pertama adalah sesi teori dan pada satu jam kedua adalah praktikal cara setting parental control pada phone anak-anak. Selamat Mencuba!

SILA KLIK BUTANG PLAY DI BAWAH UNTUK TONTON

 

NEXT SEMINAR…

ANDA INGIN TAHU CARA UNTUK ANAK JADI RAJIN BELAJAR?

  • Exam dah dekat..tapi anak masih tak fokus pada pelajaran?
  • Result teruk..ada yang banyak subjek tak dapat A..tapi belajar malas?
  • Nak Tak Saya Kongsikan Cara Yang Berkesan Untuk Ubah Anak Jadi Pandai? Selepas saya kongsikan ‘rahsia’ ini, anak anda akan:
  • -Mendapat Result Yang Cemerlang
  • -Markah Meningkat dari C kepada A, dari Gagal kepada Lulus
  • -Orang lain pula pelik macamana anak anda tiba-tiba cemerlang

Jom Tonton Video Di Bawah 😃

INGIN DAPATKAN VIDEO PENUH RAKAMAN SEMINAR TEKNIK BELAJAR, boleh klik sini.

Anak Anda Malas Belajar? Mahu Tahu Cara Ubah Anak Jadi Pandai dan Rajin Untuk Belajar?

zarifgambar

“Keputusan percubaan saya untuk subjek sains amat teruk iaitu D. Alhamdulilah, 16 hari sebelum peperiksaan sebenar, saya berkesempatan mempelajari langkah demi langkah teknik belajar SLD Method dan saya terus mengamalkannya di saat-saat akhir menjelang peperiksaan .Keputusan peperiksaan sebenar saya meningkat dari D menjadi B untuk subjek sains. Begitu juga subjek Geografi saya meningkat dari B menjadi A, manakala Bahasa Melayu dari C menjadi A. Saya yakin sekiranya saya mengetahui teknik belajar ini dari awal, saya mungkin berjaya skor A untuk semua subjek. Ibu saya terkejut dengan pencapaian saya. Teknik ini benar2 praktikal dan berkesan. ”

Adik Muhamad Zariff

S.M.K SERI PANTAI, KUALA LUMPUR

Testimoni Teknik Belajar SLD

MAKLUMAT LANJUT SEMINAR TEKNIK BELAJAR, boleh klik sini.

 

 

Dapatkan Buku Halal Haram Di Alam Siber di cawangan MPH Bookstore berhampiran ..

 

Visi:

Menawarkan konsep Islamisasi teknologi untuk diterapkan di seluruh dunia supaya dunia menjadi pandai menggunakan teknologi untuk perkara yang memberi manfaat sahaja dan membanteras penyalahgunaan teknologi untuk perkara yang merugikan.

Misi: 

Menjadikan Malaysia negara pertama dalam mengasas , membangun dan mengimplementasi  konsep ini sebagaimana Malaysia menjadi contoh dalam perbankan Islam.

 Matlamat: 

  • Memberi kesedaran kepada masyarakat bermula di Malaysia melalui ceramah, buku dan seminar.
  • Mengajar dan mengadakan seminar untuk mengajar cara menukar gadget kepada Gadget Islamik menggunakan beberapa aplikasi yang terbukti.
  • Menubuhkan NGO yang menggabungkan intelek dan pakar-pakar dalam bidang IT untuk berbincang dan menyediakan solusi kepada konsep Gadget Islamik.
  • Menyediakan platform samada  di peringkat hardware, software dan di peringkat satelit.
  • Menterjemah buku ke dalam Bahasa Inggeris untuk memberi kesedaran kepada masyarakat berbahasa Inggeris dan boleh mula memasarkan buku ke peringkat antarabangsa.
  • Menyediakan platform untuk bergabung dengan ulama’ Islam, programmer  Muslim dan CEO Muslim berpengalaman dalam penyedia telekomukasi untuk menyediakan satelit Islamik. 
  • Menghantar proposal kepada Kementerian Pendidikan di Seluruh Negara Islam untuk menyediakan subjek wajib di sekolah dan universiti tentang Etika dan Halal Haram dalam menggunakan teknologi. Untuk ini ilmuwan Islam dan pakar teknologi bergabung untuk menghasilkan buku teks berkaitan Islamization of Technology. 
  • Mencari dana dari hartawan Muslim seluruh dunia untuk memberi sumbangan kepada kempen kesedaran tentang konsep Gadget Islamik ini di semua platform pemasaran samada offline dan online. 
  • Bergabung dengan pihak media massa untuk kempen kesedaran mengenai konsep islamisasi teknologi dan mewujudkan program seperti forum atau bual bicara yang khusus membicarakan topik ini yang mengabungkan Pakar IT Muslim dan Ulama’ samada  dari dalam dan luar Negara.
  • Memberi free trial kepada golongan bukan Islam untuk merasai keindahan dan betapa produktifnya mengamalkan konsep ini. Secara tidak langsung mendedahkan mereka kepada keindahan dan keselamatan dalam syariat Islam serta menonjolkan konsep Islam itu syumul, bukan sahaja memberi solusi di alam nyata, malah juga solusi di alam siber.
  • Bergabung dengan jabatan-jabatan penapisan dan pengawalan maklumat untuk menimba pengalaman dan kepakaran untuk mewujudkan lembaga penapisan maklumat internet bagi penyedia platform Gadget Islamik.

Inilah impian saya yang saya kongsikan dengan anda para pembaca yang budiman. Semoga dengan sedikit usaha saya dengan menulis, berkongsi dan doa dari anda semua, konsep ini akan menjadi kenyataan. Tiada yang mustahil jika kita semua ada fikir dan ada usaha ke  arah impian yang baik ini. Terima kasih saya ucapkan kerana anda sudi membeli dan membaca buku ini kerana itu tanda anda ada fikir dan berusaha ke arah kebaikan. Sumbangan anda dari segi masa, harta dan diri dialu-alukan bagi menjayakan misi dan visi ini. Sekiranya anda berminat untuk menyertai program wakaf  dan infak untuk projek ini, boleh klik sini.

 

 

 

Untuk Order Sila Tekan Butang Beli Sekarang Di Bawah;

 

 

 

 

Penulis: Ustaz Muhammad Izuwan
Penerbit: Galeri Hikmah Resources
Mukasurat: 174

Dari Meja Penulis:

Sudah menjadi lumrah di kehidupan dunia ini, untuk mendapat kejayaan yang besar memerlukan pengorbanan yang besar dan ujiannya juga besar. Hari ini kita dilahirkan sebagai umat akhir zaman yang mempunyai potensi untuk meraih kejayaan yang besar. Dalam masa yang sama kita dihadapi oleh ujian dan fitnah yang besar juga. Salah satu ujian yang besar bagi kita hari ini adalah teknologi atau dengan lebih spesifik lagi adalah fitnah alam siber. Termasuk dalam fitnah alam siber ini adalah internet, gadget, komputer dan segala perkara yang terdapat di dalamnya.

Tulisan ini merupakan satu usaha kecil untuk satu tanggungjawab yang besar. Moga-moga dengan usaha yang kerdil ini membuka pintu untuk pelbagai kebaikan-kebaikan dan menutup pintu pelbagai keburukan-keburukan yang merosakkan manusia. Penulisan ini merupakan salah satu dari tugas kita sebagai umat akhir zaman iaitu mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar serta mengambil yang baik sahaja dan meninggalkan yang merosakkan.

Tulisan ini diberi tajuk “Halal Haram di Alam Siber” bukanlah bermakna ini merupakan buku fatwa dari seorang mufti. Buku berkaitan hukum, biarlah para ulama’ dan para mufti menghasilkannya. Buku ini hanyalah sebahagian daripada kempen kesedaran untuk menyedarkan kita semua bahawa terdapat halal haram ketika kita berurusan di alam siber. Walau sekecil zarah amal perbuatan kita ada balasannya di sisi Allah.

Dunia hari ini banyak dipengaruhi teknologi alam siber. Banyak masa manusia hari ini dihabiskan dengan menggunakan gadget seolah-olah manusia hari ini mempunyai dua kehidupan.  Satu di alam nyata dan satu di alam siber. Terdapat pelbagai aktiviti di alam siber yang hampir sama dengan alam nyata contohnya berbual,berkomunikasi, berjual-beli, berhibur, kata-mengata, fitnah-memfitnah dan sebagainya. Jadi, di alam siber juga terlibat dengan amal manusia dan di mana ada amal, maka di situ ada hukum.

Sepertimana hari ini di mana adanya konsep ekonomi, maka adalah konsep ekonomi Islam. Di mana adanya konsep perbankan, maka adalah konsep perbankan Islam. Maka oleh kerana adanya gadget pada hari ini, maka sepatutnya ada konsep Gadget Islamik. Ini kerana gadget bersifat bebas sama seperti bumi ini yang menawarkan ada makanan halal, ada makanan haram. Ada pakaian halal dan ada pakaian haram. Di dalam gadget dan alam siber juga ada perkara halal dan ada perkara haram.

Dalam Islam, ada satu konsep yang namanya Sad Az-Zarai’ yang bermaksud Blocking the Means. Allah tahu bahawa manusia lemah, maka perkara-perkara yang boleh menjerumuskan kepada yang haram, itu juga awal-awal lagi disekat. Contohnya zina itu haram. Maka perkara-perkara yang menghampiri zina juga haram.

Kita bukan membuang teknologi dan kemajuan, kerana Islam itu syumul. Apa yang baik dan memberi manfaat dari teknologi kita ambil dan apa yang tidak bermanfaat dan merosakkan kita buang. Inilah yang akan dibincangkan dalam buku ini, “Halal Haram di Alam Siber”. Selamat membaca dan semoga apa yang baik dapat kita sama-sama amal dan sampaikan, Insya Allah.

Buku ini mengandungi 2 bahagian. Bahagian pertama adalah berkaitan teori berkaitan Halal Haram di Alam Siber. Bahagian dua adalah praktikal iaitu disertakan kaedah bagaimana menukar gaddget anda kepda sebuah gadget yang Islamik, selamat dan berproduktiviti tinggi

 

Review Buku Unbox:

 

 

PADA BAHAGIAN DUA  BUKU INI MEMBERI SOLUSI KEPADA ANDA:

    CARA SELAMAT UNTUK MENGGUNAKAN GADGET 

Ibu bapa hari ini membesarkan anak-anak generasi baru. Kanak-kanak menggunakan tablet dan gadget untuk berkomunikasi. Juga, kebanyakan guru sekolah telah mengintegrasikan kemudahan komputer dan teknologi gadget ke dalam kaedah mengajar mereka. Ibu bapa membenarkan anak-anak dan remaja mereka mempunyai gadget kerana ia adalah cara yang mudah untuk terus berhubung dengan mereka. Ia juga memudahkan ibu bapa mengetahui di mana anak-anak mereka berada dan apa yang mereka sedang lakukan. Contohnya melalui melihat  anak-anak mereka share aktiviti di media sosial.

Cabaran yang dihadapi ibu bapa hari ini adalah untuk menimbang kebaikan dan keburukan dalam memberi kebebasan digital kepada anak-anak mereka di alam siber. Kebanyakan ibu bapa memahami bahawa mengehadkan akses anak-anak di alam siber boleh mempengaruhi kemampuan mereka untuk belajar dan berkembang. Walau bagaimanapun, ini juga bermaksud mendedahkan anak-anak kepada ancaman dan maklumat berbahaya yang jauh melebihi kemampuan mereka untuk berhati-hati dan mengelakkan diri dari terjebak.

Inilah sebabnya mengapa  ibu bapa perlu mengetahui sistem Gadget Islamik yang dikongsikan dalam buku ini. Ini adalah ilmu penting kepada ibu bapa sebelum memberi gadget kepada anak-anak. Sama seperti anda mengajar anak anda untuk mengunci semua pintu apabila mereka bersendirian di rumah dan jangan mudah percaya kepada orang asing di luar sana, mereka juga perlu dilatih untuk menggunakan gadget yang selamat daripada unsur-unsur berbahaya yang boleh menjejaskan keselamatan mereka.

Berikut adalah lima sebab utama mengapa setiap ibu bapa perlu mengawal aplikasi yang terdapat pada gadget anak-anak mereka:

Sebab #1: Keselamatan Siber
Jenayah siber adalah industri multibillion dollar. Organisasi yang didedikasikan untuk jenayah siber menggunakan cara yang keji untuk mengeksploitasi tabiat siber masyarakat. Satu kajian baru-baru ini mendedahkan bahawa sejak 2015, 689 juta orang menjadi mangsa jenayah siber di seluruh dunia.

Otak kanak-kanak sentiasa membangun dan mempelajari perkara-perkara baru. Dalam usaha mereka untuk mengetahui lebih lanjut, mereka mungkin terlibat dalam aktiviti di alam siber yang berisiko, seperti secara tidak sengaja mendedahkan terlalu banyak maklumat peribadi. Ini boleh menjejaskan keselamatan mereka sendiri dan keselamatan orang lain.

………………………………………………………………………………………………………

Sebab #2: Pengurusan masa

Gadget boleh menyebabkan ketagihan. Apabila dibandingkan dengan orang dewasa, seorang kanak-kanak mempunyai peluang yang jauh lebih kecil untuk membebaskan diri dari ketagihan ini.

Menurut kajian pakar, selain jumlah masa yang sia-sia, melihat skrin gadget secara berlebihan boleh menyebabkan postur yang buruk, penglihatan yang kurang baik, tidur tidak mencukupi dan kekurangan aktiviti fizikal pada kanak-kanak. Ibu bapa boleh mempertimbangkan untuk mengajar anak-anak gaya hidup yang sihat dengan membataskan masa bersama gadget untuk anak-anak dan diri mereka sendiri. Ibu bapa boleh berbuat demikian dengan menetapkan tempoh tertentu dan had masa untuk menggunakan gadget. Menetapkan waktu bebas gadget dan memulakan aktiviti seperti berjalan kaki, bergotong-royong,  bermain permainan dan bersukan.

………………………………………………………………………………………………………

Sebab #3: Menjejaskan Reputasi dan Maruah Diri 

Anak-anak dan remaja zaman sekarang sangat mudah post gambar mereka di internet. Ramai daripada mereka post gambar sekadar suka-suka dan tidak mengetahui akibatnya di kemudian hari.

Memantau media sosial anak-anak dengan memeriksa tetapan keselamatan dan privasi pada setiap akaun anak anda. Kebanyakan laman web akan membolehkan anda mengawal siapa yang melihat post dan gambar anda, dan jika tidak, mereka biasanya mempunyai pilihan untuk anda membuatnya sebagai akaun peribadi supaya tidak terdedah kepada umum.

………………………………………………………………………………………………………

Sebab #4: Menjejaskan Pelajaran

Gadget yang tidak dikawal menyebabkan banyak masa anak-anak digunakan untuk menonton video dan bermain  games dan tidur lewat. Ini mengurangkan masa untuk belajar yang menyebabkan pelajaran anak-anak terjejas

.………………………………………………………………………………………………………

Sebab #5: Etika Siber

Bantu anak anda dengan mengajar  etika  yang baik di alam siber sama yang anda harapkan daripada mereka di dunia nyata. Jadikan mereka memahami nilai dan adab yang baik ketika menggunakan gadget.

Jelaskan kepada mereka bahaya yang terdapat di alam  siber seperti jenayah dan buli siber dan lain-lain

Tahukah Anda Bahaya-bahaya Penggunaan Gadget Berlebihan?

Individualistik dan suka menyendiri.

Individu yang obses dan taksub kepada gadget suka menyendiri dan tidak suka bergaul dengan orang ramai. Ini membawa masalah dalam kehidupan. Ini kerana manusia adalah makhluk yang perlu hidup bermasyarakat dan berinteraksi antara satu sama lain. Sikap Individualistik mengundang masalah dan tekanan di kemudian hari

Ketagihan lagu dan video melalaikan dan games.

Ketagihan kepada pelbagai video dan lagu-lagu hiburan, drama korea, games dan lain-lain merugikan masa dan memberikan kesan negatif kepada rohani dan jiwa kita. Semakin banyak kita leka dengan hiburan dan maksiat semakin banyak dosa yang kita buat. Dosa mengundang pelbagai masalah dan dukacita dalam hidup, jika tidak hari ini maka akan datang.

Menganggu fokus dalam ibadat.

Contohnya pada hari jumaat sepatutnya kita mendengar khutbah tetapi digunakan untuk membaca whatsaap, facebook atau akhbar online. Begitu juga selfie setiap kali beribadah boleh menganggu ketulusan niat kita dalam beribadah seolah-olah kita beribadah untuk diperlihatkan kepada orang lain.

Salah faham tentang ilmu agama.

Mencari ilmu agama melalui video dan artikel di internet boleh menimbulkan salah faham dan kekeliruan. Ini kerana pelbagai fahaman dan aliran pemikiran yang berbeza. Bagus untuk belajar ilmu agama kita berguru secara reality atau talaqqi. Bila kita sudah pernah belajar dengan guru kita secara realiti atau talaqqi, bolehlah sekali sekala jika tidak sempat hadir kuliah, kita hanya melihat kuliahnya di video dan lain-lain.

Bahaya kepada perkembangan otak anak-anak.

Anak-anak kecil yang sepatutnya aktif dengan dunia luar diberikan gadget dan video-video kartun agar diam dan tidak bising. Ini menyebabkan tumbesaran akal dan fizikal anak-anak tidak normal. Kita menggantikan kasih sayang dan interaksi ibubapa dengan gadget seolah-olah gadget menjadi penghibur atau ibubapa kepada anak-anak . Bila besar anak-anak lebih taat kepada gadget berbanding kepada ibubapa. Sebab ketika kecil bila menangis gadget dan kartunlah yang menghiburnya. Rapatnya anak-anak dengan gadget lebih dari rapat dengan ibubapa

Share gambar tidak menutup aurat, berhubung tanpa batas antara lelaki dan perempuan, fitnah-memfitnah dan caci mencaci

Ini adalah fitnah yang besar di alam maya. Jika di alam fizikal mereka malu untuk bergaul antara lelaki dan wanita, tetapi malu itu hilang apabila berada di alam maya. Lelaki bebas berbual dan bersenda-gurau dengan wanita, suami orang bebas berbual dengan isteri orang dan lain-lain. Wanita bebas berhubung dengan lelaki bukan mahram dan tidak dikenali. Perkara ini sangat berbahaya. Ini kerana dalam Islam sangat menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita. Ini kerana ini boleh mengundang bahaya yang lebih besar. Di dalam Al-Quran terdapat tentang tegahan menghampiri zina. Emosi lelaki sangat terkesan dengan wanita sekalipun menghantar emoji senyum di facebook atau whatsapp, hati lelaki sudah mula berbunga-bunga dan berada di alam lain.

 

Hari ini, ramai yang suka menggunakan gadget untuk berhibur seperti menonton video dan mendengar lagu. Apabila banyak masa untuk berhibur tanpa batasan dan melanggar syariat, maka semakin banyak dosa dilakukan. Apabila semakin banyak dosa dibuat, hati hilang dari kesucian, ketenangan dan kebahagiaan. Ini menyebabkan hati sentiasa resah, kosong dan semakin tidak tenang hari demi hari. Ini kerana tiada jaminan kebahagiaan dalam hiburan dan dosa. Dosa juga menyebabkan rezeki menjadi sukar disamping mengundang pelbagai penyakit jasmani dan rohani.

Di mana ada orang islam dan beriman kepada Allah, di situ ada masa depan gadget islamik. Ini kerana orang betul-betul takutkan Allah sentiasa mempunyai perasaan untuk mensucikan diri dari perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Orang yang berilmu juga tidak akan menyibukkan dirinya dengan perkara lagha iaitu perkara-perkara yang sia-sia dan melalaikan. Setiap orang beriman merasakan setiap masa yang dikurnia sangat berharga dan setiap perbuatan walau sekecil manapun akan disoal oleh Allah. Setiap perbuatan dicatit oleh malaikat. Setiap perbuatan manusia mempunyai hukum dalam agama iaitu halal, haram, makruh dan sebagainya. Ini termasuklah dalam perbuatan menggunakan gadget.

 

Masa yang dihabiskan dalam menggunakan gadget seperti web yang dilayari, maklumat yang dibaca, video yang ditonton semuanya akan dikira dalam timbangan amalan kita. Masa berjam-jam yang kita gunakan untuk gadget dan komputer akan disoal. Kita perlu bertanya diri sendiri, sama ada setiap langkah yang kita langkah itu menuju takwa atau sebaliknya. Jika langkah itu menjauhi takwa, hentikan langkah itu atau lebih baik jangan memula pun langkah yang akhirnya merugikan dan membinasakan diri sendiri.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang perkara ini, dapatkan buku Halal Haram di Alam Siber di bawah ini sekarang!

 

 

Untuk Order Sila Tekan Butang Beli Sekarang Di Bawah;

 

 

 

 

 

 

 

 

Ustaz Muhammad Izuwan
Perunding motivasi dan konsultan
Lulusan ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam UIAM